Kerjasama dengan RTM dalam Junior Innovathon 2026 menggabungkan pembelajaran asas AI dengan pengalaman teknologi dunia sebenar untuk pelajar di seluruh negara
PETALING JAYA, 20 OKTOBER 2026 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) memperluas usaha pembangunan keupayaan dalam bidang AI dan teknologi dalam kalangan generasi muda Malaysia menerusi kerjasama dengan RTM dalam program Junior Innovathon 2026. Kerjasama ini memberikan para pelajar pendedahan praktikal kepada bidang AI serta teknologi terbaharu sambil membangunkan idea inovasi masing-masing.
Sebagai rakan telekomunikasi rasmi program ini, CelcomDigi menganjurkan bengkel khas AI yang disertai 200 peserta sekolah rendah dan menengah seluruh negara bagi membina pengetahuan asas bidang tersebut. Ia diikuti dengan lawatan imersif di CelcomDigi AI Experience Centre (AiX) bagi memberi peluang kepada bakat muda untuk melihat dan mengalami sendiri aplikasi penyelesaian AI dalam dunia sebenar.
Pemangku Ketua Pegawai Inovasi CelcomDigi, Kugan Thirunavakarasu berkata, “Warga muda negara kini membesar menjadi anak kelahiran digital (digital natives). Peranan kita adalah mencipta lebih banyak peluang untuk mereka meneroka teknologi melangkaui kegunaan harian, memahami potensi teknologi tersebut dan membangun keyakinan dalam penciptaan. Lebih awal kita semarakkan minat mereka, lebih banyak peluang dapat kita cipta untuk menyemai bakat muda Malaysia yang bersedia maju ke hadapan dalam AI yang diperlukan negara.”
Bagi menerap pemikiran ini menjadi amalan dalam kalangan pelajar, CelcomDigi turut memperkenalkan Anugerah “Tech for Impact” sebagai salah satu kategori untuk Junior Innovathon 2026. Anugerah ini menggalakkan peserta meneroka bagaimana teknologi boleh memantapkan idea mereka, menyelesaikan sesuatu masalah, atau mencipta impak yang bermakna.
Menerusi anugerah ini, sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang terpilih masing-masing akan menerima hadiah berupa CelcomDigi Essential 5G Home WiFi (100Mbps) untuk selama dua tahun bagi menyokong pembelajaran dan eksplorasi digital. CelcomDigi juga akan menyertai panel penjurian akhir pada 1 November 2026.
Junior Innovathon 2026 ini menghimpunkan pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara bagi membangunkan idea dan bersaing dalam cabaran inovasi berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Kerjasama CelcomDigi dengan RTM memperluas pengalaman pembelajaran pelajar dengan pendedahan praktikal AI dan teknologi, sekali gus membantu mereka memahami bagaimana teknologi baharu yang sedang berkembang diaplikasikan dalam dunia sebenar dan kaitannya dengan idea yang dibangunkan sepanjang pertandingan.
Inisiatif ini dibina daripada komitmen lebih luas CelcomDigi menerusi CD:NXT untuk membangun bakat digital generasi muda Malaysia, dengan mengembang akses kepada pengetahuan, kemahiran dan pengalaman teknologi dunia sebenar dan memberi sumbangan kepada bekalan bakat muda tersedia AI masa depan Malaysia.
Mengenai CelcomDigi Berhad
CelcomDigi merupakan pengendali rangkaian mudah alih yang terbesar di Malaysia dengan lebih 20.3 juta pengguna dalam rangkaiannya. Syarikat kami menyasarkan untuk memenuhi keperluan digital pelanggannya yang semakin meningkat dengan memanfaatkan gabungan rangkaian terluasnya, titik sentuh pengedaran, rangkaian produk dan perkhidmatan digital yang inovatif serta pengalaman pelanggan yang diupayakan oleh lebih 3,800 pakar industri terkemuka. Syarikat kami juga telah menggariskan aspirasi yang jelas untuk memajukan negara, memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia, dan menjadi peneraju dalam amalan perniagaan yang terangkum dan bertanggungjawab. Untuk maklumat lanjut tentang CelcomDigi, sila layari www.celcomdigi.com.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Karen Arukesamy, Communications,
CelcomDigi | Mobile: +6017 696 2693 | email: karen.arukesamy@celcomdigi.com
