From left: Dr. Janice Tsang, Yoon Sook Yee, Dr. Janine Porter-Steele, Dr. Suwarna Ramanathan and Cathy Brice Hirsch at the Novartis-sponsored plenary, “Understanding and Managing Recurrence Risk in Early Breast Cancer,” held during the 20th Reach to Recovery International Breast Cancer Support Conference.
Sesi pleno yang ditaja oleh Novartis pada Persidangan Sokongan Kanser Payudara Reach to Recovery International ke-20, menghuraikan bagaimana risiko kanser berulang adalah berbeza bagi setiap individu serta perkara yang perlu dibincangkan oleh pesakit bersama doktor mereka.
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2026 – Pakar perubatan dan profesional penjagaan kesihatan terkemuka berhimpun pada Persidangan Sokongan Kanser Payudara Reach to Recovery International 2026 untuk membantu kumpulan advokasi pesakit supaya lebih memahami risiko kanser berulang dalam kanser payudara peringkat awal, termasuk bagaimana risiko tersebut berbeza antara pesakit dan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan penjagaan jangka panjang.
Sesi pleno tajaan Novartis yang bertajuk “Memahami dan Menguruskan Risiko Kanser Berulang dalam Kanser Payudara” (Understanding and Managing Recurrence Risk in Early Breast Cancer, bukan sekadar memberi kesedaran umum tetapi turut membekalkan pengetahuan berguna kepada pendokong advokasi pesakit berkenaan: cara ujian genetik, biologi tumor dan faktor risiko individu yang mempengaruhi kecenderungan kanser berulang pada setiap pesakit, serta soalan yang pesakit perlu ajukan kepada pasukan penjagaan kesihatan.
Sesi tersebut berpandukan dapatan daripada penilaian tempatan yang menggunakan kerangka Indeks Kualiti Penjagaan Kanser Payudara Malaysia (BCCQI), dan ia menggambarkan kesedaran yang semakin meningkat bahawa risiko kanser berulang adalah berbeza bagi setiap individu. Ini bermakna pesakit dan pendokong advokasi juga perlu memahami faktor-faktor khusus mempengaruhi keadaan masing-masing.
Walaupun kanser payudara kekal sebagai kanser paling lazim dalam kalangan wanita Malaysia , namun ramai pesakit tidak menyedari bahawa risiko untuk kanser berulang boleh berterusan walaupun selepas rawatan yang berjaya; dan risiko ini sangat bebeza antara individu bergantung pada faktor klinikal (perubatan) dan genetik masing-masing. Sesi berkenaan juga bertujuan merapatkan jurang pengetahuan dengan memperkasakan komuniti advokasi agar dapat meneruskan perbincangan ini dalam rangkaian sokongan mereka. Antara topik yang dibincangkan termasuklah bagaimana risiko kanser berulang ini dinilai secara individu, peranan ujian genetik selepas diagnosis kanser payudara peringkat awal, bagaimana biologi tumor dan biopenanda (biomarker) mempengaruhi penentuan rawatan dan pemantauan jangka panjang, faktor yang meningkatkan atau mengurangkan
risiko, serta panduan praktikal dalam menyokong pesakit sepanjang perjalanan mereka selepas tamat rawatan awal.
Ini susulan kepada sesi meja bulat media Novartis baru-baru ini, yang mendedahkan masih terdapat jurang pemahaman dalam kalangan orang ramai mengenai risiko kanser berulang.
Sesi Reach to Recovery merupakan satu langkah penting, dipenuhi pelbagai perkongsian ilmu daripada meningkatkan kesedaran umum kepada memperkasakan pendokong advokasi dengan pengetahuan khusus yang disesuaikan mengikut keperluan individu supaya mereka dapat membantu memupuk perbincangan bermaklumat antara pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan.
Prof. Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, berkata, “Walaupun kerangka kerja kebangsaan seperti Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser dan Indeks Kualiti Penjagaan Kanser Payudara (BCCQI) diwujudkan untuk menyeragamkan terapi dan memacu peningkatan kualiti penjagaan kanser payudara, namun ia tidak merangkumi aspek kanser berulang. Kita masih tidak tahu berapa ramai wanita yang menghidap kanser peringkat awal yang mengalami kanser berulang, dan walaupun kita tahu ramai pesakit bimbang kanser itu akan kembali, tetapi ia jarang disebut atau dibincangkan. Ini merupakan satu cabaran – tanpa data, kita tidak dapat membuat perancangan atau menyediakan pembiayaan untuknya. Inilah juga sebabnya mengapa kita perlu meneliti jurang yang masih wujud dalam aspek kelangsungan hidup dan kesinambungan penjagaan, khususnya bentuk sokongan yang diberikan kepada pesakit selepas tamat rawatan awal. Untuk sampai ke tahap seterusnya dan membawa perubahan bermakna terhadap hasil rawatan, kita perlu menilai sejauh mana sistem sedia ada menyokong akses yang saksama dan penjagaan jangka panjang, selain memastikan risiko kanser berulang ditangani lebih awal dan secara terbuka.”
Sanjeev Balachandran, Presiden Serantau Novartis Malaysia, Brunei dan Pasaran Membangun Asia (Asia Emerging Market/AEM), berkata, “Kanser payudara awal kini bukan tentang kelangsungan hidup sahaja. Ia merangkumi perkara yang menyusul selepas rawatan – bagaimana pesakit meneruskan kehidupan, bagaimana mereka dipantau, dan sejauh mana persediaan mereka untuk menghadapi masa hadapan. Ini bermakna risiko kanser berulang perlu menjadi sebahagian daripada topik perbincangan rutin, dan ia tidak sepatutnya dibincangkan terlalu lewat atau tidak disentuh langsung. Bagi Novartis, usaha meningkatkan hasil rawatan dalam kanser payudara peringkat awal bermakna menjadikan perbincangan ini sebagai perkara biasa serta menyokong pesakit untuk terlibat secara aktif dalam penjagaan kesihatan jangka panjang mereka.”
Sesi pleno itu juga menekankan keperluan untuk pendekatan yang lebih bersepadu antara pihak berkepentingan – pakar perubatan, kumpulan advokasi pesakit dan ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih luas – bagi memastikan pesakit menerima maklumat, sumber dan sokongan yang diperlukan sepanjang perjalanan mereka.
Sejajar dengan usaha ini, Novartis menyokong inisiatif seperti Direktori Kanser Payudara Kebangsaan, iaitu platform sumber kanser yang komprehensif yang dibangunkan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.
Usaha-usaha ini menunjukkan komitmen berterusan untuk menghimpunkan pandangan berasaskan data dan perspektif dunia sebenar dalam menyokong advokasi pesakit, supaya perbincangan mengenai risiko kanser berulang menjadi rutin, berlandaskan maklumat dan berpusatkan pesakit. Dengan mewujudkan satu penanda aras baharu yang melihat kelangsungan hidup selepas kanser (survivorship) sebagai sebahagian penting dalam penjagaan kesihatan, usaha-usaha ini membuka jalan agar risiko kanser berulang dapat diiktiraf dan diuruskan dengan lebih berkesan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kanser payudara dan risiko ia berulang, pesakit boleh mengakses sumber-sumber pendidikan melalui aplikasi ICanCare, yang sedia untuk dimuat turun di Google Play dan App Store.
About Novartis Malaysia
Novartis Malaysia has a long heritage and legacy in the country. Established in 1971, Novartis Malaysia is a leading multinational company with over 600 employees across the Novartis International division and the Novartis Corporate Center Kuala Lumpur (NOCC KL), which delivers enterprise and regional services to 24 countries including Novartis headquarters in Basel. Through its over 50-year presence in Malaysia, Novartis Malaysia continues to deliver on its corporate purpose of reimagining medicine to improve and extend the lives of over 35 million Malaysians.
In 2022, Novartis Malaysia was recognized as Sponsor of the Year by Clinical Research Malaysia for initiating 24 new clinical trials and has built a strong track record of expanding access to innovative medicines through collaborations with the Ministry of Health—touching the lives of more than 1.7 million Malaysian patients.
Most recently, Novartis Malaysia earned the Great Place to Work® (GPTW®) Certification for 2025/2026, with 85% of employees affirming it as a great place to work—reflecting a workplace culture grounded in trust, flexibility, inclusion, and purpose driven careers. Novartis Malaysia is also recognized as one of Malaysia’s top ten Best Workplaces in 2026, underscoring the organization’s commitment to creating an environment where associates feel supported, valued, and empowered to thrive.
Disediakan oleh IN.Deed Communications bagi pihak Novartis Malaysia. Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Janet Han | Nur Afiqah
Communications Director | Communications Executive
H/P: +6012-236 3460 | +6013-744 3875
Email: janet@indeedcommunications.com | afiqah@indeedcommunications.com
